Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 11 June 2011

Kenangan

Sebenarnya hari ini tiada apa-apa isu yang hendak dibincangkan, hanya ingin menceritakan perasaan pada hari ini. Esok sudah sampai penghujung cuti tingkatan 6 saya yang pertama. Ada sedikit berat untuk meninggalkan rumah, bukan manja, Cuma

sudah lama meninggalkan rumah.
Minggu depan sudah bermulalah perjuangan yang kedua. Kembali ke Sekolah, ada pelbagai ilmu lagi menanti. Ilmu ini banyak sampai kadang-kadang terrasa putus asa, nasib baik ada sokongan daripada kawan-kawan, guru-guru dan, keluarga yang memberi semangat yang cukup banyak kepada saya. Dengan adanya semangat ini, saya mesti boleh berjaya mencapai kejayaan yang saya inginkan.
Kadang-kadang apa bila tibanya waktu malam, saya selalu teringat pada waktu tingkatan 5. Ada pelbagai peristiwa yang berlaku pada tahun tersebut. Antaranya, saya menjadi B1, kali pertama mendapat A dalam peperiksaan, bergaduh dengan guru, majlis perpisahan tingkatan 5 bersama guru-guru, dan pelbagai lagi yang saya tak teringat. Walau pun kenangan-kenangan ini ada yang pahit, ada yang manis, tetapi inilah yang saya akan ingat sampai saya tua.
Kadang-kadang apabila teringat pada peristiwa tersebut, saya akan tertawa bersendirian. Kalau orang tak tahu ingat saya ini orang tidak siuman. SMPKS memang banyak memberi saya ilmu dan kenangan, terima kasih.

No comments:

Post a Comment