Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 11 September 2010

mimpiku, pengalamanku& matlamatku

Hari itu saya termimpi. Dalam mimpi itu, saya baru sedar dari tidur. Membuka mata saya boleh melihat kipas berpusing di atas. Pada waktu itu, saya sangat gembira tetapi malam tidak di sinari cahaya. Apabila saya betul-betul menyedari daripada mimpi itu, baru sedar kesemuanya itu hanya mimpi sahaja. Perasaan hampa dating sekali lagi. Saya selalu berfikir, kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka memainkan perasaan orang yang ditimpa malang dan kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka member harapan yang kosong kepada mereka yang ditimpa malang.

Saya rasa, tak ramai orang yang tahu apakah perasaan orang yang dari Nampak menjadi golongan cacat penglihatan. Pelbagai jenis perasaan yang akan timpa dalam fikiran. Kadangkala sampai tak boleh bernafas dan perasaan itu jika tak pernah melalui pengalaman itu perasaan yang timpa orang lain tak akan faham dan orang yang pernah melaluinya pasti tak akan lupakannya perasaan itu.

Ramai orang yang pernah Tanya kepada saya, apakah perasaan setelah menjadi tak Nampak. Saya hanya mampu tersenyum. Kerana saya tahu rasa perasaan itu tetapi saya tak tahu nak jelaskannya. Mungkin disebabkan saya seorang lelaki, saya mempunyai satu fikiran yang kurang elok. Saya rasa sebagai seorang lelaki tak patut menunjukkan sifat diri yang lemah kerana saya seorang lelaki. Oleh kerana itu, saya hanya mampu menekan perasaan saya. Tak apalah ini hanya ujian hidup saya hanya boleh berfikir macam ini.

Dalam blog ini saya tak nak menyorokkan diri. Sebenarnya saya pernah fikir menamatkan hidup saya yang bergelora ini. Dari seorang yang Nampak menjadi seorang yang menyusahkan keluarga. Tetapi nasib baik saya teringat seorang cikgu dalam sekolah saya iaitu Cikgu Zakaria. Kerana beliau pun seorang yang tak Nampak tetapi beliau boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain dan dirinya itu penuh dengan ilmu pengetahuan. Jadi saya telah menetapkan beliau sebagai matlamat pencapaian saya. Oleh kerana matlamat itu saya kena berusaha lebih kuat daripada orang lain untuk mencapai matlamat ini.

Wednesday 8 September 2010

Malam ini hujan

Mala mini hujan. Mungkin hujan boleh menenangkan fikiran saya. Saya fikir semula adakah kata-kata saya pada tajuk sebelum ini iaitu (MEMBELA) adakah untuk melepaskan perasaan marah saya sahaja. Saya tak terfikir sebenarnya saya pun ada salah juga. Malah pada waktu itu saya hanya terfikir kesalahan orang lain sahaja tak terfikir pun kesalahan diri sendiri.
Pada awalnya saya yang bersalah tetapi saya menyalahkan orang lain dahulu. Tetapi apa yang dikatakan oleh saya itu ada kebenarannya. Walau pun mereka menggunakan alasan menyiasat, tetapi tidak boleh menuduh pelajar itu. Mungkin perbuatan mereka itu boleh member tekanan yang tinggi kepada pelajar itu.
Sebenarnya saya ada satu pendapat yang negative. Bagi saya, kebanyakan guru hanya berpihak kepada guru walau pun guru itu yang bersalah tetapi pelajar yang terlibat walau pun tak bersalah tetapi tetap bersalah dalam hal itu. Pernah seorang guru berkata macam ini dengan saya (Tak kisah kamu cakap macam mana pun kamu tetap bersalah walau pun kamu betul. Pelajar lawan mulut dengan guru adalah diibaratkan hempas telur di atas batu…) Apa yang boleh saya katakan lagi…

Thursday 2 September 2010

membela

Rupa-rupanya perasaan dituduh memang tak seronok. Saya membawa laptop ke sekolah untuk memudahkan saya belajar tetapi saya dituduh menggunakan laptop untuk main game. Tetapi mereka terlupa bahawa saya sekarang merupakan seorang yang kehilang penglihatan, bagaimana hendak main game. Harap para pembaca blog ini tak kisah saya menggunakan bahasa yang agak kasar, Mereka memang bodoh sudah menjadi seorang dewasa pun tak boleh berfikir secara rasional.Macam mana seorang yang tak Nampak nak main game.
Saya harap pihak yang berkenaan dapat mengubah sikap mereka yang berfikiran sempit. Jika mereka terus mengamalkan sikap sebergini pasti misi mereka akan menjadi nasi terlebih air sahaja dan impian mereka akan menjadi impian sahaja.

Monday 9 August 2010

memuka mata tetapi tiada cahaya

Hari ini saya baru ke hospital untuk berjumpa dengan doctor. Tak tahulah nasib baik atau memang tak ramai pesakit yang ada janji temu dengan doctor, tak lebih tiga jam sudah dapat berjumpa dengan doctor.
Doktor member tahu saya hari ini boleh membuka jahitan. Tetapi perasaan gembira yang dijangka oleh saya tak muncul pun. Mungkin saya sudah jangka yang saya memang tak akan Nampak lagi. Saya rasa, saya tak pernah menceritakan kenapa mata saya kena jahit dalam blog saya. Sebenarnya mata saya kena jahit sebab terkena jangkitan kuman dan mata saya hamper pecah. Disebabkan itulah mata saya dijahit selama sebulan lebih.
Kadang-kala saya akan berikan satu harapan kosong kepada diri saya dengan kata lain menipu diri sendiri. Saya pun tak tahu apa motif saya buat macam ini mungkin nak bagi diri sendiri rasa gembira sedikit kot.

Sunday 1 August 2010

Memuka topeng

Sebenarnya saya tak tahu adakah saya sedih atau saya menekan perasaan saya yang saya sudah menjadi penghuni dunia gelap. Ada orang cakap macam ini dengan saya, (memanglah baru jadi buta tak biasa lama-lama akan jadi biasalah. Atau pun antara sedih dengan gembira lebih baik memilih gembira berbanding dengan memilih sedih.) tetapi saya rasa orang yang mempunyai fahaanm macam itu adalah orang yang paling kesihan kerana mereka menghadapi masalah yang mereka tidak boleh selesaikan. Jadi mereka hanya boleh memilih menerima hakikat yang mereka sudah jadi buta.


Dalam pandangan kawan-kawan saya, saya tiada perbezaan dengan dulu bergembira dengan mereka, bermain dengan mereka dan belajar bersama-sama dengan mereka. Tetapi mereka tidak tahu apakah perasaan saya apabila malam memeluk waktu hanya perasaan sunyi dan sepi yang sudi menemani saya pada waktu malam. Night Angel yang biasa mereka jumpa adalah menopengkan wajah besi. Selalu mengatakan saya adalah seorang strongman tetapi semua itu adalah untuk menutup wajah saya yang lemah itu.

Sekarang baru saya faham kenapa ada orang kata apabila manusia menyesal adalah disebabkan ada sesuatu yang sudah hilang dari tangan mereka. Saya faham kata ini kerana saya pun menghadapi situasi yang sama.