Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 1 May 2011

Good bye St.nicholas Home

Rupa-rupanya masa untuk saya belajar kat St.nicholas Home sudah hampir tamat atau dengan kata lain sudah hampir sampai kepenghujungnya. Walau pun ada sedikit tak sangup nak tingalkan St.nicholas Home tetapi apa boleh buat inilah kehidupan

manusia. Tiada pertemuan yang kekal selamanya malah hanya ada pertemuan yang sementara. Maafkanlah saya hari ini ayat agak bosan sikit. Mungkin disebabkan saya sekarang duduk bersendirian jadi pemikiran akan menjadi agak menyentuh hati. Saya rasa inilah perasaan manusia waktu kesunyian.
Setelah lama merehatkan diri, sudah pun sampai masanya untuk sambung belajar ke tingkatan enam. Perasaan sewaktu hendak masuk ke tingkatan satu muncul semula ada sedikit takut, ada sedikit risau dan pelbagai lagi perasaan yang lain yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan hanya orang yang mengalami sahaja yang tahu perasaan itu.
Bagi saya, saya rasa perasaan takut itu muncul kerana saya tidak tahu keadaan ditingkatan enam atau ada sebab lain yang menyebabkan perasaan ini hadir dalam hati saya dan ada satu lagi yang menyebabkan saya berasa takut adalah kerana tak tahu apa tujuan saya masuk ketingkatan enam. Ada orang kata masuk tingkatan enam adalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Tetapi apa yang berlaku, dalam dunia orang buta ini hendak mencapai pendidikan yang tinggi bukannya mudah. Peluang untuk orang buta ini terlalu-lalulah sikit. Usaha sudah kita taburkan tetapi apa yang menjadi balasan untuk kita adalah tolakan yang tidak adil.
Mungkin para pembaca akan mengatakan saya ini adalah orang yang berfikiran negatif. Tetapi inilah yang nyata pernah berlaku dalam dunia orang buta.
Sudahlah saya pun sudah malas nak fikirkan masalah ini lagi. Mana tahu bangun esok pagi nanti masalah ini semua sudah selesai.

1 comment:

H said...

Hi Night Angel. hah! akhirnya jumpa gak blog kau ni. masuk form 6 ah? 1 thing I can tell u about form 6, it is really challenging. amat mencabar oh, so, perlu betul betul sedia mental, fizikal & rohani. apa pun, good luck!

Post a Comment