Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 14 July 2012

Setelah lebih setengah tahun.

Sekian lama tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Nak kata tak ada idea? Hmm, bukan. Mungkin tak tahu nak tulis macam mana sahaja. Apabila saya baca tarikh terakhir saya menulis dalam blog ini, WOW sungguh mengejutkan saya. Sudah lebih setengah tahun saya tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Apa yang dikatakan oleh seorang bekas guru sejarah saya tu memang betullah. Bak kata dia, “Nak buat satu blog memang mudah, tetapi mahu menjamin kandungan isi dalam blog itu sentiasa segar adalah sesuatu yang sangat sukar”. Baru saya faham apa yang di katakan oleh beliau. Dalam penulisan kali ini, saya ingin menceritakan perjalanan hidup saya bermula awal tahun hingga kini. Orang yang tak pernah melanjutkan pelajarannya ke tahap STPM tidak tahu bagaimana perasaan saya sekarang. Dengan sukatan pelajaran yang begitu banyak, tekanan yang dicurah oleh para guru dan harapan guru-guru agar kami menjadi pelajar yang cemerlang, Sebenarnya semua ini menjadi tekanan yang sangat besar kepada saya “orang lain saya tak tahu”. Bukan nak kata apa, mungkin sebab kami merupakan pelajar yang terakhir mengambil STPM menggunakan sistem yang lama, menyebabkan guru-guru meletakkan harapan yang lebih tinggi. Tekanan yang dihadapi oleh saya juga sangat besar. Sebenarnya orang lain tak tahu, disebalik wajah saya yang tersenyum dan suara ketawa itu, terpendamnya masalah dan tekanan yang dihadapi. Ah! Sudahlah! Malaslah nak cerita pasal belajar lagi. Saya sekarang nak cerita pasal sudah genap 2 tahun saya buta terus. Sebenarnya perasaan pada ketika itu, tak ada lah sesedih yang difikirkan oleh saya sebelum ini. Cuma dah faham beberapa perkara yang penting dalam hidup. OPS! yang itu cerita hari lain. Sekarang saya sudah tidak lagi tinggal di asrama kerana menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, saya sekarang tinggal di rumah sewa. Sehingga kini, baru saya tahu, waktu saya tinggal di asrama, tak ada lah seberdikari yang difikirkan sebelum ini. Sudah tidak tinggal di asrama lagi baru saya tahu, ada pelbagai tanggungan yang perlu dirancang terlebih dahulu “maksud saya tanggungan kos hidup”. Buat kali pertama saya mengira wang saku yang saya ada untuk menghadkan jumlah perbelanjaan saya sehingga saya pulang ke rumah. Kalau tidak, saya akan mengalami masalah kekurangan wang yang boleh dibelanjakan, tambahan pula dengan kos makan seharian, bayar sewa, kospengangkutan dan kos yang perlu dibayar kepada pihak sekolah “macam-macam yuran”. Hal ini telah menambahkan bebanan hidup saya dan keluarga. Oleh itu, saya perlu menghadkan belanja saya. Apa boleh buat, nak hidup. Sekaran masih ditanggung oleh mak ayah pun sudah pening kepala, apatah lagi waktu dah bekerja. OK lah, sampai sini dululah penulisan saya kali ini. Sambung lain hari.

Tuesday, 15 November 2011

Haluan baru

Saya akan pose kan contoh soalan dan jawapan bagi subjek Sejarah STPM bagi memudahkan para pelajar yang sama dengan saya yang mengambil subjek sejarah pada peringkat STPM untuk membuat ulang kaji atau menjadi bahan rujukkan.

Jadi saya harap ini dapat memudahkan para pelajar yang mengambil subjek Sejarah dalam peringkat STPM. Harap kita dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sunday, 9 October 2011

Pening Kepala.

Wow, sudah lama tak Up date blog ini. Nak kata tak ada masa untuk menulis blog tu tak ada juga, tapi dah nak tulis tu

taktahu apa yang nak dituliskannya pula. Kali ini cerita perkara yang akan berlaku dalam minggu ini.

Esok ada peperiksaan akhir tahun. Waktu mula-mula datang ke sekolah ini, apabila hampir sampai masa peperiksaan, saya akan

berasa berdebar-debar, tetapi kali ini tak rasa apa-apa. Mungkin semangat nak berjaya itu turun semula kot. Apa nak buat ini

yang terjadi. Oh ya, lupa nak cerita periksa apa. Esok ada exam Bahasa Melayu kertas 2 dan Pengajian AM 1. Nak kata tak ada

tekanan tu tipulah, tetapi tekanan kali ini berbanding dulu memang nampak sangat sudah kurang.

Yang Buatkan saya tertekan bukan peperiksaan akhir tahun kali ini, tetapi adalah exam MUET. Bahasa Inggeris belum lagi

menguasai kesemuanya, sekarang sudah hampir dengan masa ujiannya. Perasaan saya sekarang sukar hendak ditentukan tiba-tiba

rasa risau, selepas beberapa minit rasa tak apa pula. Kalau keadaan ini berterusan, saya boleh jadi gilalah.

Nasib baik ada juga perkara yang menggembirakan saya, hubungan saya dengan rakan sekelas semakin rapat. Saya memang gembira

sangat-sangat. Tapi orang kata dalam kegembiraan ada juga kesedihan, mungkin ini memang kebiasaannya, baru beberapa bulan

sahaja saya belajar di sini, sudah merasa beberapa kali perpisahan. Memanglah orang kata jika ada saat yang kita bertemu,

ada juga saat kita akan berpisah. Tetapi ini memang sukar diterima. Walau bagaimanapun, saya harap rakan-rakan yang sudah

keluar dari sekolah ini masih boleh mendapatkan kejayaan yang diingini oleh mereka.

Monday, 15 August 2011

Setelah tingkatan 6

Sudah lama tak tulis apa-apa dalam blog ini. Ada pelbagai idea dalam fikiran yang ingin dituliskan, tetapi tidak dapat ditukar kepada bentuk tulisan. Lagi pun sekarang sibuk dengan pelajaran. Ohh ya, cerita tentang pelajaran, dah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Kadang kala, cabaran yang ada ini menyebabkan saya putus asa. Bukan sahaja masalah dalam pelajaran, malahan dalam hubungan dengan kawan yang baharu ini juga memeningkan kepala saya.

Setelah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6, kini saya mula mengerti bagaimana cara untuk bergaul dengan orang yang normal. Walaupun bergitu, saya masih belum dapat membiasakan diri dengan cara pergaulan di sekolah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya bergaul dengan orang yang mempunyai masalah yang sama dengan saya iaitu masalah cacat penglihatan. Cara untuk bergaul dengan orang yang mempunyai masalah sama dengan saya, cara pergaulannya adalah sangat berbeza dengan cara pergaulan dengan orang normal. Ramai orang suruh saya anggap diri sendiri sama sahaja dengan mereka, tetapi hakikatnya perbezaan ini masih ada.

Tidak boleh menafikan bahawa perbezaan dalam konteks pemikiran, percakapan, cara pembelajaran, dan gaya kehidupan kami dengan orang normal ada sangat berbeza, Adakah juram ini tidak boleh dirapatkan? Adakah kami boleh melakukan perkara yang sama dengan mereka? semua ini saya masih belum dapat jawapannya. Mungkin ini akan terjawab apabila pelbagai ujian dijalankan untuk menunjukkan kebolehan kami dalam pelbagai konteks.

Walau bagaimanapun, saya sangat berterima kasih dengan rakan sekelas saya yang banyak membantu kami dalam pelajaran, membawa kami ke kelas, dan membacakan nota kepada kami. Walaupun saya tak seberapa rapat dengan mereka, tetapi mereka masih ikhlas untuk membantu kami. Sangat berterima kkasih dengan kamu semua.

Sunday, 26 June 2011

Harapan Itu Apa?

Beberapa hari yang lalu, saya telah banyak membaca artikal yang berkaitan dengan (Harapan). Ada pelbagai jenis pandangan terhadap harapan. Ada orang yang berpendapat bahawa, harapan adalah satu langkah untuk mencapai kejayaan yang diingini, tetapi apa yang berlaku dalam pemikiran saya, harapan itu tidak boleh mendatangkan apa-apa pun malahan akan menyebabkan kita sedih kerana putus harapan. Oleh kerana saya terlalu banyak kali putus asa, jadi saya tidak akan percaya dengan apa yang disebut sebagai harapan.

Oleh kerana hidup saya yang terlalu berliku-liku, kadang kala saya akan berfikiran negatif. Disebabkan pemikiran yang negatif ini jugalah menyebabkan saya membuat keputasan. Yang menyusahkan diri saya. Orang kata kalau hidup yang berliku-liku ini akan mendatangkan permikiran yang lebih matang, tetapi apa yang berlaku kepada diri saya adalah sebaliknya. Apa yang boleh saya lakukan lagi untuk mengubah permikiran ini?

Semua orang selalu kata saya ini tiap-tiap hari ceria sahaja, tetapi mereka tidak mengetahui apa perasaan hati saya pada waktu itu. Disebalik muka yang tersenyum itu, terselip pelbagai lagi perasaan yang bercampur seperti bosan, sedih, dan banyak lagi. Apa yang harus saya lakukan?


Mungkin ini barulah diri saya yang sebenar.

Saturday, 11 June 2011

Kenangan

Sebenarnya hari ini tiada apa-apa isu yang hendak dibincangkan, hanya ingin menceritakan perasaan pada hari ini. Esok sudah sampai penghujung cuti tingkatan 6 saya yang pertama. Ada sedikit berat untuk meninggalkan rumah, bukan manja, Cuma

Sunday, 1 May 2011

Good bye St.nicholas Home

Rupa-rupanya masa untuk saya belajar kat St.nicholas Home sudah hampir tamat atau dengan kata lain sudah hampir sampai kepenghujungnya. Walau pun ada sedikit tak sangup nak tingalkan St.nicholas Home tetapi apa boleh buat inilah kehidupan

Tuesday, 26 April 2011

KETIDAK ADILAN UPSI KEPADA ORANG OKU

Hari ini saya memang berasa panas hati. Perasaan ini sudah lama tak muncul dalam hati saya lagi. Pada hari ini saya

dapat tahu ada beberapa rakan saya telah dipermain-mainkan oleh orang-orang yang ingat mereka nomal disangka hebat. Ada

Tuesday, 8 March 2011

Selamat hari wanita sedunia

Sedar tak sedar hari dah sampai 8 March. Mungkin keputusan SPM akan keluar tak lam lagi. Saya ingatkan tekanan pada waktu di sekolah lebih tinggi tetapi sebaliknya. Pelbagai masalah perlu difikirkan selepas kursus apa hendak ke mana? Selepas habis kursus hendak pergi cari kerja atau sambung belajar? Kalau nak sambung belajar diri sendiri mampu atau tidak? Waktu macam inilah pelbagai persoalan akan timbul dalam fikiran.

Kadang-kadang ingat semula kata-kata Cikgu Roslina ada kebenarannya. Walau pun ayat yang digunakan itu agak pedas sikit tetapi itu semuanya kenyataan. Kalau persoalan tadi itu tak difikirkan dari awal nanti tujuan atau arah mana yang hendak pergi pun dah tak tahu. Kalau mahukan hidup yang lebih selesa atau lebih teratur soalan tadi itu semua kena fikirkan dahulu.

Satu lagi sebelum saya lupa hari ini hari wanita sedunia. Jadi saya harap wanita yang ada didunia ini mendapat penghormatan yang tinggi. Bagi saya wanita merupakan insane ciptaan Tuhan yang mengorbankan diri untuk melahirkan insane ciptaan yang berguna. Jadi jasa wanita memang tinggi.