Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, 15 August 2011

Setelah tingkatan 6

Sudah lama tak tulis apa-apa dalam blog ini. Ada pelbagai idea dalam fikiran yang ingin dituliskan, tetapi tidak dapat ditukar kepada bentuk tulisan. Lagi pun sekarang sibuk dengan pelajaran. Ohh ya, cerita tentang pelajaran, dah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Kadang kala, cabaran yang ada ini menyebabkan saya putus asa. Bukan sahaja masalah dalam pelajaran, malahan dalam hubungan dengan kawan yang baharu ini juga memeningkan kepala saya.

Setelah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6, kini saya mula mengerti bagaimana cara untuk bergaul dengan orang yang normal. Walaupun bergitu, saya masih belum dapat membiasakan diri dengan cara pergaulan di sekolah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya bergaul dengan orang yang mempunyai masalah yang sama dengan saya iaitu masalah cacat penglihatan. Cara untuk bergaul dengan orang yang mempunyai masalah sama dengan saya, cara pergaulannya adalah sangat berbeza dengan cara pergaulan dengan orang normal. Ramai orang suruh saya anggap diri sendiri sama sahaja dengan mereka, tetapi hakikatnya perbezaan ini masih ada.

Tidak boleh menafikan bahawa perbezaan dalam konteks pemikiran, percakapan, cara pembelajaran, dan gaya kehidupan kami dengan orang normal ada sangat berbeza, Adakah juram ini tidak boleh dirapatkan? Adakah kami boleh melakukan perkara yang sama dengan mereka? semua ini saya masih belum dapat jawapannya. Mungkin ini akan terjawab apabila pelbagai ujian dijalankan untuk menunjukkan kebolehan kami dalam pelbagai konteks.

Walau bagaimanapun, saya sangat berterima kasih dengan rakan sekelas saya yang banyak membantu kami dalam pelajaran, membawa kami ke kelas, dan membacakan nota kepada kami. Walaupun saya tak seberapa rapat dengan mereka, tetapi mereka masih ikhlas untuk membantu kami. Sangat berterima kkasih dengan kamu semua.

Sunday, 26 June 2011

Harapan Itu Apa?

Beberapa hari yang lalu, saya telah banyak membaca artikal yang berkaitan dengan (Harapan). Ada pelbagai jenis pandangan terhadap harapan. Ada orang yang berpendapat bahawa, harapan adalah satu langkah untuk mencapai kejayaan yang diingini, tetapi apa yang berlaku dalam pemikiran saya, harapan itu tidak boleh mendatangkan apa-apa pun malahan akan menyebabkan kita sedih kerana putus harapan. Oleh kerana saya terlalu banyak kali putus asa, jadi saya tidak akan percaya dengan apa yang disebut sebagai harapan.

Oleh kerana hidup saya yang terlalu berliku-liku, kadang kala saya akan berfikiran negatif. Disebabkan pemikiran yang negatif ini jugalah menyebabkan saya membuat keputasan. Yang menyusahkan diri saya. Orang kata kalau hidup yang berliku-liku ini akan mendatangkan permikiran yang lebih matang, tetapi apa yang berlaku kepada diri saya adalah sebaliknya. Apa yang boleh saya lakukan lagi untuk mengubah permikiran ini?

Semua orang selalu kata saya ini tiap-tiap hari ceria sahaja, tetapi mereka tidak mengetahui apa perasaan hati saya pada waktu itu. Disebalik muka yang tersenyum itu, terselip pelbagai lagi perasaan yang bercampur seperti bosan, sedih, dan banyak lagi. Apa yang harus saya lakukan?


Mungkin ini barulah diri saya yang sebenar.

Saturday, 11 June 2011

Kenangan

Sebenarnya hari ini tiada apa-apa isu yang hendak dibincangkan, hanya ingin menceritakan perasaan pada hari ini. Esok sudah sampai penghujung cuti tingkatan 6 saya yang pertama. Ada sedikit berat untuk meninggalkan rumah, bukan manja, Cuma

Sunday, 1 May 2011

Good bye St.nicholas Home

Rupa-rupanya masa untuk saya belajar kat St.nicholas Home sudah hampir tamat atau dengan kata lain sudah hampir sampai kepenghujungnya. Walau pun ada sedikit tak sangup nak tingalkan St.nicholas Home tetapi apa boleh buat inilah kehidupan

Tuesday, 26 April 2011

KETIDAK ADILAN UPSI KEPADA ORANG OKU

Hari ini saya memang berasa panas hati. Perasaan ini sudah lama tak muncul dalam hati saya lagi. Pada hari ini saya

dapat tahu ada beberapa rakan saya telah dipermain-mainkan oleh orang-orang yang ingat mereka nomal disangka hebat. Ada

Tuesday, 8 March 2011

Selamat hari wanita sedunia

Sedar tak sedar hari dah sampai 8 March. Mungkin keputusan SPM akan keluar tak lam lagi. Saya ingatkan tekanan pada waktu di sekolah lebih tinggi tetapi sebaliknya. Pelbagai masalah perlu difikirkan selepas kursus apa hendak ke mana? Selepas habis kursus hendak pergi cari kerja atau sambung belajar? Kalau nak sambung belajar diri sendiri mampu atau tidak? Waktu macam inilah pelbagai persoalan akan timbul dalam fikiran.

Kadang-kadang ingat semula kata-kata Cikgu Roslina ada kebenarannya. Walau pun ayat yang digunakan itu agak pedas sikit tetapi itu semuanya kenyataan. Kalau persoalan tadi itu tak difikirkan dari awal nanti tujuan atau arah mana yang hendak pergi pun dah tak tahu. Kalau mahukan hidup yang lebih selesa atau lebih teratur soalan tadi itu semua kena fikirkan dahulu.

Satu lagi sebelum saya lupa hari ini hari wanita sedunia. Jadi saya harap wanita yang ada didunia ini mendapat penghormatan yang tinggi. Bagi saya wanita merupakan insane ciptaan Tuhan yang mengorbankan diri untuk melahirkan insane ciptaan yang berguna. Jadi jasa wanita memang tinggi.

Tuesday, 8 February 2011

Perasaan

Dah masuk ST.Nicholas lebih kurang sebulan. Perasaan gempar sudah pun hilang dengan bantuan masa. Perasaan itu kenapa ada? Saya pun tak tahu. Mukin disebabkan itu tempat baru kot.
Dekat situ saya dapat menambahkan pengetahuan tentang komputer. Tetapi pada awal pembelajaran agak bosan. Tetapi perasaan bosan segejap sudah pun hilang kerana dengan cara cikgu mengajar yang agak menarik.
Inilah manusia waktu di sekolah tak minat. Dah habis sekolah baru nak rindu. Nak menyesal pun dah tak guna lagi.

Saturday, 1 January 2011

KE MANA HENDAK PERGI

Sikelip mata SPM sudah habis. Perjalanan masa depan semakin kabor. Mungkin disebabkan tidak pernah memikirkan arah mana yang patut menuju. Sebenarnya saya rasaa ramai orang sama dengan saya yang tak tahu ke mana kita hendak pergi.
Memang berginikah hidup manusia yang hidup tak pernah memikirkan masa depan. Menyesal pun tak ada guna lagi. Apa yang saya mampu hanya jalan ke hadapan sahaja.
Umur semakin meningkat semakin banyaklah perkara yang patut saya fikirkan. BIlakah masalah ini akan terselesai.

Saturday, 11 September 2010

mimpiku, pengalamanku& matlamatku

Hari itu saya termimpi. Dalam mimpi itu, saya baru sedar dari tidur. Membuka mata saya boleh melihat kipas berpusing di atas. Pada waktu itu, saya sangat gembira tetapi malam tidak di sinari cahaya. Apabila saya betul-betul menyedari daripada mimpi itu, baru sedar kesemuanya itu hanya mimpi sahaja. Perasaan hampa dating sekali lagi. Saya selalu berfikir, kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka memainkan perasaan orang yang ditimpa malang dan kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka member harapan yang kosong kepada mereka yang ditimpa malang.

Saya rasa, tak ramai orang yang tahu apakah perasaan orang yang dari Nampak menjadi golongan cacat penglihatan. Pelbagai jenis perasaan yang akan timpa dalam fikiran. Kadangkala sampai tak boleh bernafas dan perasaan itu jika tak pernah melalui pengalaman itu perasaan yang timpa orang lain tak akan faham dan orang yang pernah melaluinya pasti tak akan lupakannya perasaan itu.

Ramai orang yang pernah Tanya kepada saya, apakah perasaan setelah menjadi tak Nampak. Saya hanya mampu tersenyum. Kerana saya tahu rasa perasaan itu tetapi saya tak tahu nak jelaskannya. Mungkin disebabkan saya seorang lelaki, saya mempunyai satu fikiran yang kurang elok. Saya rasa sebagai seorang lelaki tak patut menunjukkan sifat diri yang lemah kerana saya seorang lelaki. Oleh kerana itu, saya hanya mampu menekan perasaan saya. Tak apalah ini hanya ujian hidup saya hanya boleh berfikir macam ini.

Dalam blog ini saya tak nak menyorokkan diri. Sebenarnya saya pernah fikir menamatkan hidup saya yang bergelora ini. Dari seorang yang Nampak menjadi seorang yang menyusahkan keluarga. Tetapi nasib baik saya teringat seorang cikgu dalam sekolah saya iaitu Cikgu Zakaria. Kerana beliau pun seorang yang tak Nampak tetapi beliau boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain dan dirinya itu penuh dengan ilmu pengetahuan. Jadi saya telah menetapkan beliau sebagai matlamat pencapaian saya. Oleh kerana matlamat itu saya kena berusaha lebih kuat daripada orang lain untuk mencapai matlamat ini.