Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 14 July 2012

Setelah lebih setengah tahun.

Sekian lama tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Nak kata tak ada idea? Hmm, bukan. Mungkin tak tahu nak tulis macam mana sahaja. Apabila saya baca tarikh terakhir saya menulis dalam blog ini, WOW sungguh mengejutkan saya. Sudah lebih setengah tahun saya tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Apa yang dikatakan oleh seorang bekas guru sejarah saya tu memang betullah. Bak kata dia, “Nak buat satu blog memang mudah, tetapi mahu menjamin kandungan isi dalam blog itu sentiasa segar adalah sesuatu yang sangat sukar”. Baru saya faham apa yang di katakan oleh beliau. Dalam penulisan kali ini, saya ingin menceritakan perjalanan hidup saya bermula awal tahun hingga kini. Orang yang tak pernah melanjutkan pelajarannya ke tahap STPM tidak tahu bagaimana perasaan saya sekarang. Dengan sukatan pelajaran yang begitu banyak, tekanan yang dicurah oleh para guru dan harapan guru-guru agar kami menjadi pelajar yang cemerlang, Sebenarnya semua ini menjadi tekanan yang sangat besar kepada saya “orang lain saya tak tahu”. Bukan nak kata apa, mungkin sebab kami merupakan pelajar yang terakhir mengambil STPM menggunakan sistem yang lama, menyebabkan guru-guru meletakkan harapan yang lebih tinggi. Tekanan yang dihadapi oleh saya juga sangat besar. Sebenarnya orang lain tak tahu, disebalik wajah saya yang tersenyum dan suara ketawa itu, terpendamnya masalah dan tekanan yang dihadapi. Ah! Sudahlah! Malaslah nak cerita pasal belajar lagi. Saya sekarang nak cerita pasal sudah genap 2 tahun saya buta terus. Sebenarnya perasaan pada ketika itu, tak ada lah sesedih yang difikirkan oleh saya sebelum ini. Cuma dah faham beberapa perkara yang penting dalam hidup. OPS! yang itu cerita hari lain. Sekarang saya sudah tidak lagi tinggal di asrama kerana menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, saya sekarang tinggal di rumah sewa. Sehingga kini, baru saya tahu, waktu saya tinggal di asrama, tak ada lah seberdikari yang difikirkan sebelum ini. Sudah tidak tinggal di asrama lagi baru saya tahu, ada pelbagai tanggungan yang perlu dirancang terlebih dahulu “maksud saya tanggungan kos hidup”. Buat kali pertama saya mengira wang saku yang saya ada untuk menghadkan jumlah perbelanjaan saya sehingga saya pulang ke rumah. Kalau tidak, saya akan mengalami masalah kekurangan wang yang boleh dibelanjakan, tambahan pula dengan kos makan seharian, bayar sewa, kospengangkutan dan kos yang perlu dibayar kepada pihak sekolah “macam-macam yuran”. Hal ini telah menambahkan bebanan hidup saya dan keluarga. Oleh itu, saya perlu menghadkan belanja saya. Apa boleh buat, nak hidup. Sekaran masih ditanggung oleh mak ayah pun sudah pening kepala, apatah lagi waktu dah bekerja. OK lah, sampai sini dululah penulisan saya kali ini. Sambung lain hari.

No comments:

Post a Comment