Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, 11 September 2010

mimpiku, pengalamanku& matlamatku

Hari itu saya termimpi. Dalam mimpi itu, saya baru sedar dari tidur. Membuka mata saya boleh melihat kipas berpusing di atas. Pada waktu itu, saya sangat gembira tetapi malam tidak di sinari cahaya. Apabila saya betul-betul menyedari daripada mimpi itu, baru sedar kesemuanya itu hanya mimpi sahaja. Perasaan hampa dating sekali lagi. Saya selalu berfikir, kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka memainkan perasaan orang yang ditimpa malang dan kenapa PENTADBIR DUNIA ini suka member harapan yang kosong kepada mereka yang ditimpa malang.

Saya rasa, tak ramai orang yang tahu apakah perasaan orang yang dari Nampak menjadi golongan cacat penglihatan. Pelbagai jenis perasaan yang akan timpa dalam fikiran. Kadangkala sampai tak boleh bernafas dan perasaan itu jika tak pernah melalui pengalaman itu perasaan yang timpa orang lain tak akan faham dan orang yang pernah melaluinya pasti tak akan lupakannya perasaan itu.

Ramai orang yang pernah Tanya kepada saya, apakah perasaan setelah menjadi tak Nampak. Saya hanya mampu tersenyum. Kerana saya tahu rasa perasaan itu tetapi saya tak tahu nak jelaskannya. Mungkin disebabkan saya seorang lelaki, saya mempunyai satu fikiran yang kurang elok. Saya rasa sebagai seorang lelaki tak patut menunjukkan sifat diri yang lemah kerana saya seorang lelaki. Oleh kerana itu, saya hanya mampu menekan perasaan saya. Tak apalah ini hanya ujian hidup saya hanya boleh berfikir macam ini.

Dalam blog ini saya tak nak menyorokkan diri. Sebenarnya saya pernah fikir menamatkan hidup saya yang bergelora ini. Dari seorang yang Nampak menjadi seorang yang menyusahkan keluarga. Tetapi nasib baik saya teringat seorang cikgu dalam sekolah saya iaitu Cikgu Zakaria. Kerana beliau pun seorang yang tak Nampak tetapi beliau boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain dan dirinya itu penuh dengan ilmu pengetahuan. Jadi saya telah menetapkan beliau sebagai matlamat pencapaian saya. Oleh kerana matlamat itu saya kena berusaha lebih kuat daripada orang lain untuk mencapai matlamat ini.

No comments:

Post a Comment