Subscribe:

Ads 468x60px

Monday 15 August 2011

Setelah tingkatan 6

Sudah lama tak tulis apa-apa dalam blog ini. Ada pelbagai idea dalam fikiran yang ingin dituliskan, tetapi tidak dapat ditukar kepada bentuk tulisan. Lagi pun sekarang sibuk dengan pelajaran. Ohh ya, cerita tentang pelajaran, dah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Kadang kala, cabaran yang ada ini menyebabkan saya putus asa. Bukan sahaja masalah dalam pelajaran, malahan dalam hubungan dengan kawan yang baharu ini juga memeningkan kepala saya.

Setelah lama saya menjejakkan kaki ke tingkatan 6, kini saya mula mengerti bagaimana cara untuk bergaul dengan orang yang normal. Walaupun bergitu, saya masih belum dapat membiasakan diri dengan cara pergaulan di sekolah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya bergaul dengan orang yang mempunyai masalah yang sama dengan saya iaitu masalah cacat penglihatan. Cara untuk bergaul dengan orang yang mempunyai masalah sama dengan saya, cara pergaulannya adalah sangat berbeza dengan cara pergaulan dengan orang normal. Ramai orang suruh saya anggap diri sendiri sama sahaja dengan mereka, tetapi hakikatnya perbezaan ini masih ada.

Tidak boleh menafikan bahawa perbezaan dalam konteks pemikiran, percakapan, cara pembelajaran, dan gaya kehidupan kami dengan orang normal ada sangat berbeza, Adakah juram ini tidak boleh dirapatkan? Adakah kami boleh melakukan perkara yang sama dengan mereka? semua ini saya masih belum dapat jawapannya. Mungkin ini akan terjawab apabila pelbagai ujian dijalankan untuk menunjukkan kebolehan kami dalam pelbagai konteks.

Walau bagaimanapun, saya sangat berterima kasih dengan rakan sekelas saya yang banyak membantu kami dalam pelajaran, membawa kami ke kelas, dan membacakan nota kepada kami. Walaupun saya tak seberapa rapat dengan mereka, tetapi mereka masih ikhlas untuk membantu kami. Sangat berterima kkasih dengan kamu semua.